Demikian penegasan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali selepas timbul dakwaan pemberian dokumen itu kepada golongan berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mengkaji semula permohonan pendaftaran untuk mendapatkan dokumen tersebut di negeri ini.

"Sehingga hari ini, perkara itu sedang dalam perbincangan dengan semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Dalam Negeri, kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) mengenai perkara ini khususnya dalam menentukan kedudukan golongan berkenaan.

"Penelitian ini juga dibuat berdasarkan kepada aspek kebajikan yang sering dibincangkan di peringkat antarabangsa berhubung soal kesihatan dan pendidikan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Musa Sulaiman.

Mustafar mengulas berhubung video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan ratusan pemegang dokumen IMM13 beratur dan berpusu-pusu masuk ke bangunan Wisma Dang Bandang, di sini untuk berurusan dengan pejabat Unit Khas Imigresen bagi mendapatkan permohonan dokumen terbabit.

Untuk rekod, dokumen IMM13 dikeluarkan kepada rakyat Filipina yang melarikan diri ke Sabah sekitar tahun 1970-an ekoran krisis politik di wilayah selatan negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE