Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Borhan Dollah berkata, ia hanya akan melibatkan jawatan yang tidak diisi (perjawatan) melebihi tempoh dua tahun.

BORHAN DOLLAH
BORHAN DOLLAH

"Pelaksanaan kaedah kawalan saiz perkhidmatan awam adalah melalui penswastaan, penyusunan semula perjawatan, serah urus fungsi, penyampaian perkhidmatan alternatif, automasi dan pengisian jawatan secara berhemah mengikut keperluan.

"Pelaksanaan tersebut tidak memberi implikasi pengisian jawatan bagi sektor kritikal seperti kesihatan, pendidikan dan keselamatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Borhan menambah, selain itu, proses penggantian pegawai yang berpencen masih diteruskan.

Katanya, kawalan saiz perkhidmatan awam dilaksana bagi memastikan sumber manusia dapat dioptimumkan.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.

Katanya, sekiranya jumlah penjawat awam seramai 1.7 juta ketika ini tidak dikawal, kos perbelanjaan me­ngurus akan mengambil sebahagaian besar belanjawan negara setiap tahun.