Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, tiada kejadian seumpamanya berlaku dan tiada kawasan mengalami masalah tanah mendap yang kononnya menjadi punca kren itu terbalik. 


“Isu yang ditularkan adalah palsu. Pengguna diminta tidak mempercayai dan menyebarkan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 


Dakwaan kren terbalik itu tersebar dalam aplikasi kumpulan WhatsApp meminta orang ramai yang hendak pulang ke Kelantan untuk tidak menggunakan laluan itu, yang dikatakan sesak bermula dari laluan Chegar Perah, Lipis. - BERNAMA