Perdana Menteri berkata, mereka yang berbuat demikian akan ditamatkan daripada perkhidmatan.

“Kita perlu menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin kerajaan telah diberi amaran dari saya bahawa kalau terlibat rasuah (akan dikenakan tindakan).

“Kalau di negara China, pesalah rasuah ini akan ditembak mati... Tetapi mereka tidak setujulah ditembak mati (ketawa) tetapi kalau pegawai kerajaan membuat perkara tidak baik, mereka akan dikeluarkan,” katanya ketika sesi Town Hall Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.

Sesi bertemakan ‘Langkah Ke Hadapan: Kebangkitan Kepimpinan Tulen’ itu dihadiri kira-kira 3,500 pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) seluruh negara.

Program tersebut menjadi platform kepada PTD untuk memahami dan menghayati aspirasi Perdana Menteri dan memberi peluang kepada pegawai-pegawai berkenaan untuk bertukar-tukar pandangan serta pendapat dengan pemimpin tertinggi negara.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.- UTUSAN ONLINE