Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Teruskan legasi Almarhum – Exco

ALOR SETAR 12 Sept. – Pengisytiharan Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah selaku Sultan Kedah Ke-29 bagi menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini diyakini mampu meneruskan legasi cemerlang yang ditinggalkan kakanda­nya itu.

Kalangan Ahli Majlis Me­syuarat Kerajaan Negeri ketika ditemui memberitahu, ke­yakinan itu bersandarkan kepada perwatakan baginda yang tidak jauh berbeza dengan personaliti Almarhum Tuanku Abdul Halim.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Perumahan negeri, Badrol Hisham Hashim berkata, keupayaan Tunku Sallehuddin memayungi negeri dibuktikan ketika diberi mandat untuk menjadi Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berikutan Almarhum Tuanku Abdul Halim ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14.

“Ketika itu baginda terbukti berjaya menjalankan tugas dengan cemerang tanpa ada celanya. Dengan latar belakang sebagai seorang tentera, baginda sememangnya memberi penekanan terhadap disiplin selain menitikberatkan perkara-perkara teras seperti agama dan pendidikan.

“Seperkara lagi yang saya perhatikan, perwatakan ba­ginda dan Almarhum kakandanya tidak jauh berbeza. Kalau rakyat rindu pada Almarhum, insya-Allah rindu itu sedikit-sebanyak terubat dengan kelibat Tunku Sallehuddin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Pemilihan raja pemerintah baharu ditentukan menerusi Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja setelah kemangkatan Sultan Kedah.

Pandangannya itu turut dipersetujui Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Norsabrina Mohd. Noor yang menyifatkan pelantikan Tunku Sallehuddin itu sebagai tepat.

“Melihatkan keupayaan yang ada pada baginda, saya yakin Tunku Sallehuddin juga akan di­sayangi oleh seluruh rakyat nege­ri seperti yang berlaku kepada Almarhum Tuanku Abdul Halim.

“Baginda memiliki kredibi­li­ti untuk memayungi negeri. Insya-Allah, semua pihak akan terus yakin dengan institusi beraja yang sememangnya menjadi tonggak negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mohd. Rawi Abd. Hamid melihat Tunku Sallehuddin sebagai seorang yang cukup prihatin mengenai sejarah dan ketamadunan negeri.

“Kalau ada informasi terbaharu mengenai sejarah di nege­ri ini, baginda sememang­nya cukup berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Keprihatinan bagin­da diyakini mampu membawa lebih banyak impak positif kepada nege­­ri terutamanya daripada aspek sejarah dan pelancongan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri itu.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain