AHMAD MASLAN
AHMAD

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan prestasi perkhidmatan agensi itu untuk mengutip cukai.

“Langkah itu juga dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih canggih dan JKDM akan menjadi organisasi bertaraf dunia.

“Saya ingin menggesa kerajaan PH agar meneruskan usaha yang telah dibuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk mengkorporatkan jabatan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.

Januari lalu, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, keputusan untuk mengkorporatkan jabatan itu ditangguhkan sementara menanti hasil kajian yang sedang dijalankan pengurusan tertingginya. – UTUSAN ONLINE