Titah Tunku Ismail, ba­ginda telah melakukan perkara yang sama iaitu menyuarakan pendapat sejak zaman pentadbiran kerajaan terdahulu dan berterusan sehingga hari ini.

Sambil mengharapkan ke­rajaan untuk berjaya, Tunku Ismail bertitah sanggup menjadi musuh

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM
TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM 

nombor satu kerajaan sekiranya perlu dalam memberikan apa yang terbaik untuk rakyat.

Malah, Tunku Ismail juga mahu kerajaan mula mentadbir negara dengan berkesan dan berhenti berperang antara satu sama lain serta mempolitikkan setiap isu yang berlaku.

“Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah tetapi mereka tetap membuktikan saya betul. Sekadar mahukan yang terbaik untuk rakyat. Sesete­ngah mungkin tidak suka apa yang saya katakan tapi itulah cabarannya.

“Untuk terus bersuara demi rakyat yang tidak dapat menyuarakannya. Biarkan saya menjadi musuh anda No. 1 (nombor satu) sekiranya perlu. Saya konsisten dan tegas dengan prinsip saya. Tolong... Tolonglah mulai mentadbir,” katanya dalam laman Facebook rasmi baginda semalam.

Dalam pada itu, Tunku Ismail turut menzahirkan kemaafan di atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang tahun lalu dan meminta semua pemimpin menjalankan amanah berkhidmat kepada rakyat.

Titah Tunku Ismail, kerajaan dan institusi diraja harus bekerjasama dan me­nerima ruang serta tugas ma­sing-masing untuk memberi yang terbaik kepada negara.

“Kadang-kala saya salah. Semua orang membuat kesilapan. Untuk kesilapan yang saya buat, saya memohon maaf. Saya fikir kita semua harus mengimbas kembali tahun 2018 dan meminta maaf atas kesilapan-kesilapan,” titah Tunku Ismail lagi.