Neelofa berkata, bakal jemaah haji juga perlu memastikan ejen yang menguruskan urusan haji adalah sah dan telus.

“Nasihat saya untuk para bakal jemaah haji, perlu faham proses mendapatkan visa dan kena pastikan pilih ejen yang mendapat ulasan baik.

“Jangan mudah berharap dengam broker visa semata-mata,” kata Neelofa kepada MHE TV.

Dalam pada itu, Neelofa juga berterima kasih kepada Kedutaan Arab Saudi di Malaysia dan juga rakan pengacara, Zizan Razak serta Perunding Haji Furada (PPHF) kerana membantunya menyelesaikan masalah visa.

“Ramai tak tahu saya antara mereka terkandas atas masalah visa. Terima kasih kepada semua kerana membantu saya mendapatkan visa di saluran yang betul.

“Tapi apa pun, kita usahakan yang terbaik namun Allah yang memilih mereka untuk menjadi tetamu-Nya.

“Saya doakan agar mereka yg berdoa untuk tunaikan haji akan dijemput Allah secepat mungkin dengan cara yang paling terbaik,” katanya. - UTUSAN ONLINE