Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Terima kasih cikgu – PM

KUALA LUMPUR 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru di negara ini sempena sambutan Hari Guru esok.

Beliau berkata, dedikasi dan usaha gigih golongan pendidik dalam mendidik anak bangsa amat dihargai.

“Terima kasih kepada semua guru di Malaysia atas dedikasi dan usaha gigih anda. Selamat Hari Guru,” katanya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Hari Guru disambut pada setiap 16 Mei dan tema pada tahun ini adalah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Pada tahun ini, Johor telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan di peringkat kebangsaan.

Kumpulan Utusan menerusi Unit Pendidikannya pula telah diberi kepercayaan sekali lagi oleh Kementerian Pendidikan untuk menganjurkan Festival Hari Guru.

Dalam usaha menarik minat pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar Johor untuk hadir meraikannya, Festival Hari Guru 2017 menampilkan konsep pertautan di antara ilmu dan pembangunan modal insan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain