Ucapan tersebut dizahirkan selepas Presiden UMNO itu memberikan keterangan selama lapan jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selesai memberi keterangan kepada SPRM hari ini. Dalam perjalanan balik ke rumah.

“Terima kasih atas doa semua. Anak saya juga telah selesai memberi keterangan,” katanya dalam status di Twitter, hari ini.

Turut dipanggil memberi keterangan bagi siasatan berhubung dakwaan penyelewengan di Yayasan Akal Budi ialah anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah dan adiknya, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi. – UTUSAN ONLINE