TERESA KOK
TERESA KOK

Perkara itu dimaklumkan Teresa di laman Facebook miliknya dengan memuat naik status bersama capaian berkenaan ‘senarai penuh Kabinet’ yang disiarkan sebuah laman portal hari ini. 

“Satu lagi senarai penuh Kabinet yang palsu disiarkan! Saya tidak tahu apa-apa mengenai pelantikan sedemikian.

“Saya juga berpendapat bahawa Wilayah Persekutuan tidak harus diletakkan di bawah kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) harus membangunkan bandar mengikut Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (DKLCT2020),” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini. - UTUSAN ONLINE