Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar langkah itu seiring dengan hasrat untuk memastikan pengurusan komuniti kampung terus diperkukuhkan agar dapat berperanan dengan berkesan.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, senarai nama mereka yang menganggotai kelak akan dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan.

"Perkembangan ini diharapkan akan mampu membawa suara komuniti kampung ke satu tahap yang lebih baik dan seterusnya memperkukuhkan asas hubungan negeri dengan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Beliau menarik perhatian, antara aspek yang penting dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah menguruskan komuniti supaya dapat berfungsi dengan sempurna dan penuh keadilan.

Terengganu merupakan negeri pertama yang menyelesaikan urusan pelantikan Ahli MPKK di seluruh negeri iaitu pada 1 Julai lalu.

Seramai 15 orang ahli jawatankuasa yang dilihat mampu untuk memberikan sumbangan kepada pengurusan komuniti telah dilantik oleh kerajaan negeri bagi memberi khidmat di setap kampung.

Nama MPKK telah dicadangkan oleh kerajaan Persekutuan bagi menggantikan nama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) pasca Pilihan Raya Umum Ke-14. - UTUSAN ONLINE