Baginda bertitah, pembinaan ECRL akan meningkatkan jalinan hubungan kawasan ekonomi dan perindustrian dari Pelabuhan Kuantan hingga ke Tumpat, Kelantan dan Pelabuhan Klang di Selangor.

“Sehubungan itu, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula kos pembinaan laluan kereta api ini.

“Saya berharap dengan terbinanya laluan kereta api ini kelak, lebih banyak kawasan pertumbuhan ekonomi yang bakal diwujudkan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-14 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Baru-baru ini, pentadbiran kerajaan Pusat yang diketuai oleh Pakatan Harapan memberitahu bahawa terma-terma dalam projek ECRL akan dinilai semula berikutan kos keseluruhan pelaksanaannya mencecah RM60 bilion. - UTUSAN ONLINE