Selain ahli keluarga Shahiruddin, turut berada di lobi hospital berkenaan bagi memuliakan keberangkatan baginda ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram.


Pada 5 November lalu, Shahiruddin dimasukkan ke hospital di London akibat serangan angin ahmar ketika berada di sana atas urusan kerja.


Beliau menerima rawatan selama tiga minggu di London sebelum pulang ke tanah air Jumaat lalu dan menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di ibu negara.


Keadaan beliau ketika ini dilaporkan beransur pulih dan dijangka kembali bertugas bulan depan. - UTUSAN ONLINE