Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (gambar) ketika membentangkan RUU itu berkata, pindaan enakmen berke­naan selaras dengan ma­nifesto kerajaan Pa­-
katan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu yang menggariskan jawatan ketua menteri dan menteri besar dihadkan kepada dua penggal sahaja demi menerapkan amalan tadbir urus baik dan telus.

“Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengutarakan perkara ini pada Mesyuarat Kedua Dewan Rak­yat sebagai satu langkah perlu disegerakan kerajaan Pakatan Harapan dalam melaksanakan reformasi sistem politik.

Chow Kon Yeow
CHOW KON YEOW

“Seiring dengan hala tuju kerajaan pusat, kerajaan Pulau Pinang turut memberi keutamaan terhadap hasrat untuk memperbaharui sistem politik bagi memenuhi janji-janji manifesto semasa pilihan raya.

“Sekali lagi kerajaan Pulau Pinang akan melakar sejarah dengan menjadi negeri pertama di Malaysia akan melaksanakan had tempoh lantikan ketua menteri kepada dua penggal dan membawa pendekatan politik yang progresif ini,” katanya pada persidangan DUN di sini.

Kon Yeow berkata, cadangan meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara melalui Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pulau Pinang pada 11 Jun lalu dan ia dibincangkan dalam beberapa siri mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan pada Julai dan Ogos lepas.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan tarikh penguatkuasaan enakmen tersebut bermula daripada PRU14.

Terdahulu, ketika membahaskan rang undang-undang itu, Gooi Hsiao Leung (PH-Bukit Tengah) berkata, pindaan rang undang-undang itu jelas membuktikan kerajaan PH sebuah kerajaan yang menepati janji dalam usaha untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen.

Lee Chun Kit (PH-Pulau Tikus) pula berkata, rang undang-undang itu akan membuka peluang kepada orang baharu terutama generasi muda untuk memegang jawatan tertinggi negeri berkenaan.

Mohd. Yusni Mat Piah (Pa-Penaga) ketika membahaskan rang undang-undang itu berkata, tempoh masa bagi sesuatu jawatan itu bukanlah satu isu sebaliknya jika seseorang pemimpin itu berkelayakan dan berkemampuan, tidak menjadi masalah untuknya memegang jawatan itu bagi tempoh yang lama. – BERNAMA