Kedengarannya agak luar biasa, namun itulah yang akan ditawarkan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan helikopter pelancongan dan komersial, Heli Outpost Sdn Bhd yang diterajui seorang anak muda berusia 29 tahun dari pulau ini, Faiz Fahmi Sazali.

Aplikasi 'Heli Taxi' yang sedang dibangunkan itu dijangka siap dalam tempoh tiga bulan lagi, sekali gus akan memudahkan pelanggan menem­pah perkhidmatan mereka.

“Aplikasi ini menawarkan dua perkhidmatan iaitu 'Helicopter Tour' iaitu tempahan untuk mengelilingi Pulau Langkawi dan 'Helicopter Taxi' yang akan menerbangkan pelanggan terus ke destinasi yang dikehendaki seperti dari Alor Setar ke Ipoh,” kata Faiz yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan kepada Bernama.