Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, langkah itu selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara digital.

"Teknologi tanpa wayar adalah penting dalam mencapai objektif ini dan untuk itu, kementerian saya sedang meneliti beberapa polisi yang berkaitan.

"Tindakan ini juga secara tidak langsung dapat mewujudkan sebuah industri yang mampan selain situasi menang-menang bagi rakyat, kerajaan dan operator," katanya dalam Majlis Pelancaran Ibu Pejabat Celcom baharu, @celcom, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Celcom Axiata Berhad, Tan Sri Jamaludin Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi. - UTUSAN ONLINE