Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu dibimbangkan mengenai kemudahan tersebut walaupun ia mampu menyediakan kelajuan pemindahan data dan penyimpanan maklumat dalam kehidupan seharian masyarakat.

“Kita perlu berhenti dan mempersoalkan harga yang perlu dibayar untuk kemudahan ini. Maklumat ini bukan hanya yang kita sengaja kongsi, data tentang apa kita buat, ke mana kita pergi, apa yang kita beli dan apa yang kita kata boleh diambil dari peranti harian biasa.

“Apa jaminan keselamatan, pertahanan, peribadi dan kesan strategik daripada teknologi yang sedang diterajui China ini?” katanya seperti yang dipetik daripada laporan portal Malaysiakini.

Pada 19 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang Malaysia akan melakukan kajian terlebih dahulu berkenaan hasrat Huawei mahu membina infrastruktur 5G sebelum mengambil tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE