Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tayangan Beauty and The Beast: Kerajaan tidak tunduk 

Tayangan Beauty and The Beast: Kerajaan tidak tunduk  2
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakukan gimik pelancaran Yayasan Koreksional pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Antidadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang, Renggam di sini hari ini. Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (tiga dari kiri), Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Datuk Nur Jazlan Mohamed (dua dari kanan). - UTUSAN ONLINE/Gambar NUR AISYAH MAZALAN

KLUANG 18 Mac - Kerajaan tidak akan tunduk sekali gus tidak membenarkan penyiaran Beauty and The Beast selagi tidak memotong babak gay dalam filem itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegaskan, Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya tersendiri sendiri yang perlu dihormati pihak Walt Disney.

"Apa-apa filem berkenaan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender), kerajaan tidak akan benarkan kerana setiap unsur yang dipancarkan dalam wayang itu (filem) akan mempengaruhi kita dan belum tentu memberi manfaat kepada pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir dalam sambutan Hari Penjara ke-227 dan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2017 di Penjara Simpang Renggam, dekat sini hari ini
yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong lebih empat minit babak-babak yang dianggap kontroversi daripada filem itu termasuk aksi gay.

Susulan penapisan badan tersebut, Walt Disney menangguhkan tayangan Beauty and the Beast yang sepatutnya masuk pawagam mulai hari ini kepada 30 Mac ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain