Hishammuddin Tun Hussein
Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementeriannya menerusi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan yang mengalami banjir serta tanah runtuh, terutama di Tubod dan Piagapo.

"Saya telah mengarahkan panglima pasukan pertahanan agar ATM menyelaraskan penghantaran bantuan dari segi agihan barang makanan dengan rakan sejawatan di Filipina," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana untuk menzahirkan simpati kementerian serta rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di selatan negara itu.

Terdahulu, media antarabangsa melaporkan lebih 200 orang terbunuh manakala berdozen lagi hilang ketika taufan itu melintasi wilayah berkenaan.

Taufan itu dijangka membadai Vietnam hari ini, memaksa pihak berkuasa tempatan memindahkan sejuta penduduk dari kawasan rendah di pantai bahagian selatan negara tersebut. - BERNAMA