Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya telah menerima cadangan daripada Lembaga Pelabuhan Kuantan berhubung isu tarif dan kini dalam peringkat rundingan di bahagian maritim.

"Dalam menetapkan tarif berkenaan, kita membuat pelbagai pertimbangan seperti kemudahan yang ada selain mendapatkan pandangan daripada pengguna pelabuhan.

"Tarif yang bakal kita umumkan itu sudah tentu berpatutan, kompetitif dan tidak memberi kesan kepada kenaikan kos. Kita akan umumkan (keputusan) dalam tempoh dua minggu hingga satu bulan,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Fasa 1A NDWT di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kuantan, Datuk Khairul Anuar Abdul Rahman. - UTUSAN ONLINE