Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tanpa niat politik – Salleh

Rci ditubuhkan kerana negara dan rakyat inginkan kebenaran

PUTRAJAYA 30 Jun - Pakatan Harapan yang di­ketuai DAP tidak seha­rusnya mempolitikkan keputusan un­tuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat punca sebenar di sebalik kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1980-an dan1990-an, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini.

Salleh Said Keruak

Beliau berkata, keputusan Ka­binet itu dibuat tanpa sebarang niat jahat atau bermotifkan politik, sebaliknya ia adalah syor yang dikemukakan oleh Pasukan Petugas Khas (STF) yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan.

“Kabinet membu­at keputusan tepat untuk menubuhkan RCI oleh kerana negara dan rakyat inginkan kebenaran.

“Keputusan itu di­buat disebabkan ke­rugian urus niaga mata wang asing ini terlalu besar yang mengakibatkan BNM secara teknikalnya men­jadi bankrap,” ka­tanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salleh berkata, rancangan Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk mengadakan jerayawara berkaitan perkara itu adalah untuk mengelirukan rakyat dan menjejaskan RCI.

“Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Pakatan Harapan yang diketuai DAP me­rupakan pembang­kang yang gagal disebabkan me­reka mengamalkan pilih kasih.

“Semasa Dr. Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) berada dalam UMNO, mereka mendesak su­paya ditubuhkan RCI. Sekarang Dr. Mahathir bersama mereka, (tetapi) mereka menolak RCI,” katanya.

Pada 21 Jun, Pejabat Perdana Menteri(PMO) berkata, Kabinet bersetuju sebulat suara dengan syor STF bahawa terdapat keperluan untuk menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian dalam urus niaga mata wang asing oleh BNM.

Menurutnya, pasukan petugas itu turut mendapati ada percubaan untuk menyembunyikan fakta sebenar berkaitan kerugian itu dengan maklumat mengelirukan dikemukakan kepada Kabinet dan Parlimen.

PMO berkata, pasukan petugas itu turut mendapati wujud kes prima facie yang perlu dijawab oleh BNM berhubung kerugian urus niaga mata wang asing itu dan oleh itu mengesyorkan penubuhan RCI.

Sehubungan itu katanya, penubuhan RCI dijangka merungkai isu yang membelenggu negara sejak 23 tahun lepas. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain