Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia telah melihat terlalu banyak berita palsu disebarkan yang sudah tentunya bukanlah perkara baik untuk negara membangun.

“Langkah yang diambil untuk mengawal penularan berita palsu bukanlah bertujuan menutup mulut pengkritik kerajaan atau pun bertentangan dengan kebebasan bersuara dan media.

“Langkah yang diambil adalah juga untuk mendidik orang ramai supaya menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab dan bukannya penyebar berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika berucap dalam majlis penutup Forum Putrajaya 2018 bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia ( Natsec) 2018 di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Sebelum itu, Ahmad Zahid meluangkan masa hampir dua jam melawat gerai-gerai pameran DSA 2018 dan Natsec 2018. - UTUSAN ONLINE