Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, taklimat tersebut akan dihadiri oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

“Sehubungan itu, pemilik syarikat dan pemain industri dijemput menghadiri sesi taklimat bersama menteri kewangan seperti tarikh yang ditetapkan iaitu 22 September ini (Sabtu),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Subromaniam berkata, objektif taklimat untuk memberikan kefahaman kepada pihak-pihak industri yang akan terlibat dengan pelaksanaan SST.

Selain itu katanya, ia merupakan langkah proaktif pihak Kastam dalam memberikan penerangan yang berkesan untuk memastikan pelaksanaan SST berjalan lancar.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Puan Nur Hadfina Hadyan Azizan di talian 019-448 6522 atau Puan Hasmanita Che Hassan di talian 019-7125712. - UTUSAN ONLINE