JBPM dalam satu kenyataan memberitahu, tabung berkenaan diwujudkan bagi membolehkan orang ramai menyampaikan sumbangan mereka kepada waris Muhammad Adib.

Ujarnya, sumbangan yang boleh dihulurkan orang ramai adalah dalam bentuk cek, wang tunai dan Pemindahan Dana Elektronik (EFT) .

"Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke nombor akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad 16010000876715 atas nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pengarah Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 013-2488994 atau 03-88927652," katanya.

Dalam pada itu, JBPM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham. - UTUSAN ONLINE

Tabung Wira Merah