Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kemas, Ahmad Kamal Idris Nawawi berkata, satu modul yang dikenali sebagai STREAM iaitu pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik telah diperkenalkan sekaligus menjadi tarikan baharu.

Menurutnya, tiga lagi modul iaitu patrotik, keyakinan diri dan penghayatan Islam turut ditambah dalam usaha melengkapkan lagi peranan Tabika Kemas sebagai pusat pendidikan awal kanak-kanak.

“Penghayatan Islam ini dimana, murid-murid beragama Islam akan mengikuti kelas tambahan selama satu jam merangkumi bacaan al-quran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada selepas berkunjung ke rumah Fatimah Mat Diah pada Ziarah Kasih Kemas di Kampung Padang Jelapang, Chicha Tinggi disini hari ini.

Hadir sama Pengarah Kemas Kelantan Anuar Mat Zain dan rombongan serta pimpinan setempat.

Ahmad Kamal Idris memberitahu, kesemua modul itu bertujuan melahirkan generasi yang seimbang dari segi sosial dan fizikal.

Katanya, penambahbaikkan itu supaya Tabika Kemas terus mampu bersaing dan menjadi pilihan utama.

Ujarnya, tahap kecekapan guru-guru turut dipertingkatkan menerusi pelbagai krusus kemahiran.

“Ia termasuklah meningkatkan tahap pendidikan guru-guru dengan menghantar mereka menyambung pengajian ke peringkat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak,” katanya. - UTUSAN ONLINE