Menteri Belia dan Sukan, Khai­ry Jamaluddin berkata, usaha itu merupakan keperluan dan tidak seharusnya dipandang ringan ke­rana pembinaan kemudahan berkenaan merupakan antara has­rat generasi muda di negara ini yang mahukan usaha me­ning­katkan taraf serta kualiti persekitaran.

Katanya, hasrat itu meru­pa­kan antara maklum balas yang diperoleh hasil daripada dia­log Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang dilaksanakan sebelum ini membabitkan pe­n­yertaan dua juta golongan muda dari seluruh negara.

Jelasnya, golongan muda ju­­ga mahukan lebih banyak pem­bangunan pintar, pemeli­ha­­raan alam sekitar, akses peng­angkutan yang lancar ter­masuklah pem­binaan yang lebih banyak pe­ru­mahan mampu mi­lik kepada generasi itu pada masa depan.

“Maka sebab itu kerajaan akan melihat peraturan dan un­dang-undang sedia ada teru­ta­manya di peringkat pihak ber­kuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan kawasan lapang dan kawasan hijau lebih banyak dibina dan disediakan oleh sya­rikat-syarikat pemaju.

“Walaupun ketika ini wujud peruntukan dalam peraturan me­ngenai tanggungjawab pe­ma­­ju menyediakan kawasan la­­pang, namun dari segi kua­liti, penyelenggaraan ser­ta keleng­kapan amat mengecewakan. Se­­olah-olah ia dibuat sekadar melepas batuk di tangga sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ke­pada pemberita selepas melan­carkan Aspirasi TN50 Sime Darby Property di City of Elmina, Seksyen U16, semalam.

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi Lembaga Pe­megang Amanah Pusat Penye­lidikan dan Pemulihan Hutan Hujan Tropika (TRCRC), Tun Jeanne Abdullah serta Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Berhad, Datuk Seri Amrin Awaluddin.

Sementara itu, Khairy pada ma­sa sama menyifatkan, City of Elmina yang dibangunkan oleh Sime Darby Property di Sek­syen U16 itu adalah model perbandaran persekitaran hijau yang sesuai untuk generasi akan datang.

“Kita memuji inisiatif Si­me Darby Property dalam mem­pamerkan contoh aspirasi TN50 kerana pembangunan City of Elmina yang memenuhi segala aspirasi generasi muda.

“Bagaimanapun, dalam usa­­­­ha kita ke arah kemajuan negara pada tahun 2050, kualiti kehidupan sangat penting bu­kan semata-mata sediakan pe­ru­mahan sahaja, tetapi harga ru­mah haruslah mampu milik dan berkualiti,” ujarnya.