Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Syarat doktor siswazah lulus BM dilaksanakan

PUTRAJAYA 6 Julai - Kementerian Kesihatan menjangkakan isu doktor-doktor siswazah tidak memiliki kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diselesaikan dapat tempoh setahun ini.

S. SUBRAMANIAM
S. SUBRAMANIAM

Menterinya, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kesemua 23 doktor siswazah yang mendapat kelonggaran sebelum ini diarahkan menduduki peperiksaan untuk mendapat kelayakan tersebut.


Katanya lagi, Kementerian Kesihatan juga akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk pindaan Akta Perubatan 1971 dibuat bagi memasukkan syarat lulus Bahasa Melayu bagi pengambilan jawatan berkenaan.


“Daripada 4,500 orang pengambilan doktor siswazah pada masa kini, hanya 23 orang sahaja menghadapi isu tersebut, kita yakin isu ini akan selesai dalam tempoh setahun,” katanya selepas merasmikan Blok Obstetrik dan Neonalatologi Hospital Putrajaya di sini hari ini.


Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid mengumumkan keputusan Mesyuarat Kabinet yang menarik balik ke­longgaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Me­layu pada SPM bagi lantikan kontrak Pegawai Perubatan Gred UD41. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain