Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau juga akan mengecualikan susu bayi berperisa coklat daripada cukai tersebut kerana minuman itu penting untuk tumbesaran dan kesihatan terutamanya kanak-kanak.

“Sebelum ini saya tahu susu dikecualikan cukai tetapi hari ini baru saya diberitahu bahawa hanya susu tidak berperisa yang dikecualikan cukai jadi saya buat keputusan untuk kecualikan juga susu coklat kerana ia penting untuk tumbesaran kanak-kanak.

“Itulah maklum balas yang kita sedia dengar dan jika munasabah kita akan beri pengecualian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar SST anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE