SC dalam kenyataannya berkata, pihaknya turut menyenaraikan penganjur Lavida Coin iaitu DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy yang didapati mempromosi Lavida Coin dalam Senarai Berwaspada Kepada Pelabur.

Katanya, para pelabur diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutamanya yang membabitkan mata wang kripto dan token digital.

Minggu lalu, SC memaklumkan bahawa pemantauan sedang dilakukan terhadap maklumat sedia ada mengenai Lavida Coin bagi menentukan sama ada wujud sebarang perlanggaran undang-undang sekuriti. - UTUSAN ONLINE