Keberangkatan tiba bagin­da pada pukul 1.10 tengah hari diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Hadir sama, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Luar Datuk; Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Wilayah, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh.

Majlis pengisytiharan Surau Utama Istana Negara untuk solat Jumaat juga diadakan sebelum solat hari ini yang mana akan dilaksanakan secara berterusan selepas ini. – BERNAMA