Menurut Nazirnya, Mohd.Hafiz Samsir, seramai hampir 100 ahli kariah terlibat di dalam proses menyembelih dan menumbangkan lembu korban.

“Program ini kita adakan saban tahun setiap kali sambutan Hari Raya Aidiladha.Tahun ini 13 ekor, tahun lepas lapan ekor sahaja.

"Kita buka untuk penyertaan korban sejak selepas bulan puasa yang lalu," katanya kepada pemberita sempena program korban di sini.

Mohd.Hafiz berkata, program korban tersebut melibatkan penduduk daripada pelbagai golongan.

Katanya,pihaknya telah menguar-uarkan program tersebut sejak beberapa bulan lalu dan ternyata sambutan diterima amat menggalakkan.

"Golongan veteran dan muda hingga yang berusia belasan tahun turut sama terlibat daripada proses menyembelih hingga proses mengagihkan daging korban,"katanya. - UTUSAN ONLINE