Kementerian dalam satu kenyataan memberitahu, logo yang terpilih akan digunakan sebagai logo rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini yang bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’.

“Orang ramai yang berminat boleh menghantar logo ciptaan menerusi laman Facebook Merdeka 360 atau laman web malaysiamerdeka.my. Sertakan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan e-mel di kapsyen logo berserta rasional logo tersebut. 

“Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 7 Julai ini,” kata kenyataan tersebut di sini hari ini.

Kementerian menjelaskan, orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan cadangan dan idea bagi memeriahkan sambutan hari kebangsaan tahun ini. 

Cadangan tersebut tambahnya, boleh disalurkan ke laman Facebook dan laman web malaysiamerdeka.my.

“Penyertaan orang ramai dalam ciptaan logo dan cadangan sambutan ini diharap dapat menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa bagi menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi urus setia Logo Sayangi Malaysiaku pada alamat Jabatan Penerangan Malaysia, Aras 5, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia, No.49, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian 016-358 5004 dan 013-399 1200 atau emel ke [email protected] - UTUSAN ONLINE