Berdasarkan beberapa laman web mengumpul dana, GiveaLittle.co.nz sudah menerima sebanyak NZ$8.2 juta (RM23 juta) daripada lebih 91,000 penderma sehingga hari ini, manakala LaunchGood.com memperoleh sumbangan berjumlah NZ$2.5 juta (RM7 juta) daripada 40,000 penderma.

Perdana New Zealand, Jacinda Ardern pada minggu lalu menyatakan bahawa negara ini akan menanggung semua kos pengebumian 50 mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan. – AFP