Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr, Mujahid Yusof berkata, peruntukan tersebut merupakan wang bagi tujuan pembayaran imbuhan imam, elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru takmir bagi tahun 2019.

“Peruntukan tersebut akan memberi manfaat kepada seramai 2,700 orang guru KAFA, 760 orang imam dan 142 orang guru takmir di negeri Selangor,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Yang turut hadir dalam majlis tersebut adalah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. – UTUSAN ONLINE