Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sultan, Permaisuri Johor berbuka puasa bersama polis

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diiringi Raja Zarith Sofiah Sultan
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar diiringi Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama polis Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, Johor Bahru, semalam. Turut hadir, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Wan Ahmad Najmuddin Mohd (kanan). BERNAMA

JOHOR BAHRU 23 Jun – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor di Masjid Tunku Laksamana Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini semalam.

Pasangan diraja tersebut tiba di pekarangan masjid pada pukul 6.45 petang diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam; Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah serta Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim; Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penera­ngan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Pada majlis berkenaan, Raja Zarith Sofiah turut berkenan me­nyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 25 anak yatim, 25 balu anggota dan pegawai polis dan 45 pesakit kanser.

Selepas santapan berbuka, Sultan Ibrahim turut menyempurnakan solat maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain