Perkara tersebut dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz melalui satu kenyataan, di sini hari ini.

“Bagi menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dengan ini Istana Negara memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Tuanku meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 6 Januari 2019 (Ahad) bersamaan 29 Rabiulakhir 1440H selaras dengan Perkara 32 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Baginda telah memaklumkan perkara ini secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja melalui warkah yang telah diutuskan kepada Setiausaha Majlis Raja-raja,” kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

Istana Negara