Ketibaan baginda pada pukul 12.20 tengah hari disambut Tunku Bendahara Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani serta Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi serta Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT), Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah serta pembesar-pembesar negeri.

Setelah majlis itu selesai, ba­ginda turut menunaikan solat Jumaat bersama ribuan rakyat.

Bacaan yasin dan doa serta solat Jumaat dipimpin oleh Imam Besar Masjid Zahir, Datuk Syeikh Roslan Abd. Halim.