Sultan Ibrahim berkenan hadir ke acara tahunan yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II atas jemputan khas Raja Bahrain Raja Hamad Isa Bin Salman Al-Khalifa.

Baginda yang berpengetahuan luas serta amat meminati sukan berkuda merupakan seorang pemain polo berpengalaman.

Sultan Johor turut berkenan meluangkan masa berbual bersama Ratu Elizabeth II mengenai minat Baginda dalam sukan berkuda.

Pada pertemuan itu, Baginda turut berkenan menemui anak kedua Ratu Elizabeth II, Duke Of York, Putera Andrew yang amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Johor.

Sultan Johor menerangkan kepada Putera Andrew bahawa Johor sedang pesat membangun di mana, pelbagai sektor menjadi tunjang kekuatan ekonomi negeri termasuk sektor pertanian dan perindustrian selain turut menerima beberapa pelaburan utama dari syarikat berpangkalan di Britain.

Ini termasuk kehadiran beberapa institusi pendidikan berprestij serta sekolah antarabangsa dari Britain yang melebarkan sayap mereka ke Johor. -UTUSAN ONLINE.