Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Ibrahim telah mengampunkan Kamal Hisham tanpa apa-apa syarat.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Ta’zim setelah menerima permohonan maaf daripada Encik Kamal Hisham bin Ja’afar atas semua dan segala perbuatan, persuratan, perlakuan dan tindakan beliau sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja terhadap Tuanku, memikir patut dan dengan nasihat dan Persekutuan Jumaah Majlis Diraja serta mengambil berkat bulan Ramadan al-Mubarak, dengan limpah keikhlasan Tuanku yang amat sangat, suka sedia dan berkenan menerima permohonan tersebut dan mengampunkan Encik Kamal Hisham bin Ja’afar tanpa apa-apa syarat,” katanya.

Kenyataan berkenaan turut dimuatkan dalam laman rasmi Facebook milik Sultan Ibrahim.

Abdul Rahim memberitahu, Sultan Ibrahim pada masa sama berharap agar Kamal Hisham akan dapat meneruskan kehidupannya dengan kesejahteraan aman dan damai. - UTUSAN ONLINE