Bapa angkat pasukan itu, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim berkata,  pasukan bola Sepak bawah 21 tahun negeri telah diuji dan memperlihatkan kejaguhannya dengan kembali memenangi kejohanan Piala Presiden 2018 baru-baru ini.

“Kita sangat mengharapkan prestasi cemerlang  dalam Piala Presiden dapat dikekalkan dalam termasya Sukma nanti untuk membolot satu emas buat negeri,” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian  Majlis Jalinan Mesra Bapa Angkat Pasukan Bola Sepak Sukma 2018 di sini malam tadi. Yang turut hadhir,  Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman Mohamad Soud.

Amzad bagaimanapun mengingatkan agar kejayaan terbaharu itu tidak akan menyebabkan mereka merasa selesa kerana pasukan-pasukan lain tentunya mempunyai azam yang sama, dan berusaha ke arah itu. - UTUSAN ONLINE