Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Sukan SEA: TPM hargai PDRM kekang ancaman militan

AHMAD ZAHID HAMIDI menyerahkan daging korban kepada penerima dalam
AHMAD ZAHID HAMIDI menyerahkan daging korban kepada penerima dalam majlis ramah mesra sempena Aidiladha bersama warga Briged Utara PGA, 69 Komando Pasukan Gerakan Khas dan Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Ipoh, Perak, semalam. UTUSAN/Kamal Basir Wahab

IPOH 1 Sept. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada 25,000 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertugas menjaga keselamatan sewaktu berlangsungnya Sukan SEA 2017 tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Timbalan Perdana Menteri berkata, biarpun kerajaan menghidu ancaman militan dan keganasan, namun ia dapat diatasi melalui Tabletop Exercise yang dijalankan sebelum Sukan SEA.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PDRM yang telah melakukan yang terbaik.

“Sudah tentunya kejayaan atlet kita memperoleh 145 pingat emas, walaupun bukan disumbang secara langsung oleh PDRM, tetapi keselamatan dan kawalan telah memungkinkan Malaysia mencapai keputusan cemerlang dalam Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra bersama warga Briged Uta­ra Pasukan Gerakan Am (PGA), 69 Komando Pasukan Gerak Khas (PGK) dan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am (PLGPA) di PGA Ulu Kinta sempena Hari Raya Aidiladha, di sini hari ini.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ulu Kinta, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah; Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan dan Komander Briged Utara, Senior Asisten Komisioner Mohd Shahar Ibrahim.

Dalam majlis tersebut, Ahmad Zahid turut mengumumkan sumbangan RM30,000 kepada tiga Persatuan Keluarga Polis (Perkep) merangkumi PGA, 69 Komando PGK dan PLGPA selain berjanji untuk menyelesaikan proses naik taraf sistem perpaipan di PGA Ulu Kinta yang telah berusia lebih 50 tahun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain