Paling teruk terjejas sudah tentunya pekebun kecil yang mengusahakan tanaman itu di tanah satu atau dua hektar.

Jika sebelum ini mereka masih mampu meraih pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga

MOKTAR MUZARI
MOKTAR MUZARI 

ketika harga komo­diti itu agak baik, namun sejak kejatuhan har­ganya di bawah RM330 setan, kehidupan seharian mereka semakin terhimpit.

Sebahagian pekebun kecil di sini yang ditemui berkata, mereka yang bergantung melalui hasil kebun sawit sudah tidak mampu berkata apa-apa kerana pendapatan yang semakin merosot.

Rosli Jumbri, 45, berkata, dengan harga sawit yang semakin menurun iaitu di bawah paras RM330 setan dan ditolak upah RM70 setan, tiada apa lagi yang tinggal.

Katanya, kea­daan itu ditambah lagi dengan kenaikan harga barangan ke­perluan harian.

“Saya hanya ada dua hektar kebun kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan saya. Jika harga tetap RM330 setan dan ditolak kos-kos lain, apa lagi yang tinggal. Apa saya nak makan?” katanya.

Seorang lagi pe­ngusaha kebun sawit, Moktar Muzari, 69, dari Kampung Chenderong Balai berkata, kos buruh, pengangkutan dan baja yang dibayar bagi setiap satu tan sawit menyebabkan pendapatannya cuma RM260 setan.

“Jangan dibandingkan pengusaha ladang, mereka ada pasaran sendiri dan ladang mereka luas

HAMIR OMAR
HAMIR OMAR 

meliputi beratus hektar.

“Jadi kesannya tidak terasa jika harga turun RM330 setan. Saya berharap kerajaan mengekalkan harga buah kelapa sawit sebelum ini dengan harga RM400 sehingga RM500 setan,” katanya.

Bagi Hamir Omar, 46, akibat pendapatan yang semakin merosot, kehidupan dia dan keluarga semakin susah.

“Kami makan apa yang ada sahaja kerana kena jimat, nak menyimpan memang tak boleh tak macam dahulu,” katanya.