Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mujahid Yusof berkata, pengekalan subsidi tersebut  tidak akan menggangu proses pemulihan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji)  dan proses agihan hibah pada tahun ini yang dijangka akan diumumkan selewat-lewatnya Mac nanti.

”Tabung Haji akan menanggung kos keseluruhan subsidi sebanyak RM306 juta pada tahun ini. Setakat ini, kita masih boleh menyerap lagi segala tanggungan walaupun berlaku defisit seperti yang dilaporkan .Malah proses pemulihan  sedang berjalan lancar,” katanya dalam sidang akhbar di Menara TH Jalan Tun Razak di sini hari ini.UTUSAN ONLINE