Sejurus empat bekas tahanan Penjara Provinsi Banteay Meanchey di Kemboja itu tiba tepat pukul 11.55 pagi, ibu kepada salah seorang mangsa, Muhamad Daud Sharuddin, 23, iaitu Norazian Shahrudin terus memeluk erat anak lelakinya.

kemboja
 

Menurut Norazian, 48, dia bersyukur kerana anaknya dapat kembali ke tanah air dengan keadaan selamat walaupun pada mulanya risau dengan nasib menimpa anak kedua daripada enam adik-beradik itu.

kemboja
 

“Ibu mana tidak risau apabila setiap hari memikirkan keadaan anak yang sepi tanpa khabar berita sebaik dia berlepas ke Kemboja.

kemboja
 

“Rupa-rupanya mak cik dapat tahu dia ditahan di penjara Kemboja setelah dimaklumkan oleh Kementerian Luar dan barulah di situ, saya dapat tahu dia jadi mangsa penipuan di sana,” katanya.

Selain Norazian, turut menyambut ketibaan Muhamad Daud adalah bapa tirinya, Zainal Abdul Kadir, 53.

Muhamad Daud merupakan antara 47 rakyat Malaysia menjadi tahanan Penjara Provinsi Banteay Meanchey di Kemboja.

kemboja
 

Wisma Putra sebelum ini mengesahkan laporan penahanan rakyat Malaysia itu di Poi Pet sejak 11 Disember lalu atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.

kemboja
 

Dikatakan kesemua mereka ditahan di negara tersebut setelah terpesona dengan janji manis berupa gaji lumayan yang dipercayai didalangi sindiket pemerdagangan manusia dari China.

kemboja
 

Daripada 47 mangsa yang ditahan, 44 tahanan berasal dari Sarawak dan mereka disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang memperdaya mangsa dengan gaji lumayan jika bersetuju bekerja di Kemboja dengan bayaran wang pendahuluan antara AS$100 (RM407) hingga AS$200 (RM814) seorang. - UTUSAN ONLINE