Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Suasana sayu selubungi Istana Anak Bukit

Jenazah
JENAZAH Almarhum Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Balai dibawa masuk ke Balai Penghadapan Baru untuk disemayamkan di Istana Anak Bukit di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

ALOR SETAR 12 Sept. - Suasana sayu menyelubungi pekarangan Istana Anak Bukit di sini tatkala rakyat negeri ini memenuhi Balai Penghadapan bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mangkat petang semalam.

Rakyat daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa mula memasuki Balai Penghadapan pada pukul 11 pagi.

Jenazah Almarhum Tuanku Abdul Halim dibawa ke Balai Penghadapan untuk disemayamkan pada pukul 10.30 pagi.

Perkarangan Istana Anak Bukit dibanjiri orang ramai yang berpakaian serba hitam sejak pukul 7 pagi tadi.

Istiadat Bersiram Jenazah bermula pukul 8 pagi dan diikuti istiadat mengkafan dan menabur cendana.

Rakyat jelata dipeluang memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum bermula 11 pagi hingga 12.30 tengah hari diikuti golongan kenamaan pada 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang  di ruang bersemayam di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

Pengiringan jenazah Almarhum dari Istana Anak Bukit ke Makam Diraja Langgar dijadual bermula 2 petang dan istiadat dijangka selesai menjelang solat Asar.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain