Haiwan peliharaan seperti kambing, ayam serta serati tersebut kemudiannya dijadikan sumber pendapatan mereka berdua.

Pasangan suami isteri berkenaan, Mohamad Yusof Che Soh, 67, dan Zainab Awang, 70, hidup bergantungan antara satu sama lain kerana mereka tidak dikurniakan cahaya mata sejak berkahwin sejak 1967.

Menurut Mohamad Yusof, dia yang bekerja sebagai buruh sebelum ini dengan pendapatan sebanyak RM300 seminggu terpaksa berhenti kerja sejak lima tahun lalu atas faktor usia yang serta lambakan buruh asing yang muda dan bertenaga.

“Saya mengambil keputusan untuk memelihara kambing, ayam dan serati yang boleh dijual serta dijadikan sumber pendapatan untuk meneruskan hidup bersama isteri selain menjadi teman penghibur kami dikala sunyi.

“Walaupun mata sebelah kiri isteri saya tidak nampak lagi, namun dia tidak biasa untuk duduk diam kerana hampir setiap hari menjadi rutinnya memberi haiwan peliharaan makan,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka hari ini .- UTUSAN ONLINE