Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pendigitalan itu turut melibatkan naskhah yang diterbitkan seawal 1981 dan jumlah tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.

“Objektif utama projek ini adalah untuk mendigitalkan penerbitan dan data lampau bagi memastikan statistik berkenaan boleh dicapai dan mudah diakses pengguna.

“Hasil daripada produk dan perkhidmatan statistik, kerajaan telah menggunakannya sebagai input dalam pembentukan, pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Datathon dan pelancaran StatsDigital di Universiti Kuala Lumpur Business School (UniKL), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE