ST dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan itu dilakukan selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mengenai kargo yang dieksport dari Nansha New Port, China.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, label keselamatan yang dilekatkan pada televisyen tersebut adalah label Certificate Assesment Body (CAB) yang dilantik agensi ini untuk model yang lain.

“Terdapat penyalahgunaan label keselamatan oleh pengimport yang menyebabkan pengguna ditipu.

“Kami seterusnya mengarahkan pengimport menanggalkan label yang tidak sah dan pengimport diarahkan memohon label keselamatan baharu melalui permohonan dengan pihak Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim),” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE