LIM GUAN ENG
LIM GUAN ENG

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, langkah tersebut dijalankan secara berterusan di seluruh negara.

"Saya percaya menerusi program sebegini boleh lebih tahu masalah dihadapi, pandangan mereka dan kita sentiasa mendengar malah terdapat pengecualian cukai SST dibuat daripada itu.

"Saya rasa pertemuan ini sangat berguna dan pertama kali Menteri Kewangan turun padang sendiri untuk berdepan dan bertemu rakyat berbanding sebelum ini, kalau ada pun Timbalan Menteri Kewangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar pada Sesi Taklimat SST Bersama Menteri Kewangan di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, Timbalan Ketua Pengaran Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri), Datuk Paddy Abd. Halim dan Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha.

Lebih 1,000 orang terdiri peniaga, pihak industri dan berkepentingan menghadiri sesi taklimat berkenaan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas sama ada berpuas hati dengan pelaksanaan SST ketika ini, beliau masih belum berpuas hati 100 peratus dengan pelaksanaan cukai itu.

"Selain itu, bagi produk lain yang ada kesan implikasi rantaian maka kena kaji dengan lebih mendalam lagi.

"Kita akan siapkan kajian pada akhir tahun ini namun kalau spesifik satu produk ia boleh dilakukan dengan cepat contohnya tayar celup daripada 10 peratus ditukar kepada lima peratus," jelasnya. - UTUSAN ONLINE